don't bother reading
Wednesday, October 21, 2009 @ 7:13:00 AM

sometimes,we spend the whole day or probably the whole week to ponder on the mistakes that we have done or we could have done. question: does it really worth it? answer: no idea.
adakalanya saya terasa seperti telah ditipu oleh hidup. kebanyakan masa saya rasa benda itu adalah hak milik saya. saya tahu di dalam penjuru hati saya yang ia adalah hal milik saya tetapi kenapa pada saat-saat terakhir, apabila semangat saya berada di tahap yang terpuncak sekali, harapan saya musnah berkecai seperti gelas jatuh pada lantai? seringkali saya bertanya, adakah itu takdir? adakah itu yang sepatutnya berlaku? adakah hidup ini sebegitu tidak adil?
boleh kata berkemungkinan itu adalah nasib saya pada sejenak masa itu. tetapi, adakah kamu tahu apabila saya paling mahukan benda itu, apabila prestasi saya berjaya mengkagumkan saya sendiri, dan pada masa itulah harapan saya jatuh, berkecai dan musnah? jadi, apa yang kamu boleh berkata, itu adalah takdir dan semuanya bergantung pada nasib seseorang. adakah sebegitu? tidak bolehkan kita mengubah hakikat?
saya berpendapat bahawa sekiranya seseorang mahukan sesuatu dan dia buat segala yang mungkin untuk mengecapinya serta adakala dia mampu mengatasi had dirinya, itulah orang yang berhak memilik benda itu. itu adalah tuan kepunyaan benda itu sebab dia memang berusaha untuk mendapatinya. saya ada berusaha namun, pada akhirnya, ia bukan hak milik saya.
semangat saya yang berkobar-kobar pada garisan permulaan telah membuktikan pada saya yang tidak dan bukan semua benda boleh didapati walaupun awak berusaha bergila-gila. sebab adakalanya, nasib, takdir dan hidup akan menipu, merompak dan menjatuhkan semangat awak.
p/s: i knew at one point i changed the layout. sorry. i had no time to change back the old one. now it is back :)
Labels: emotionally unstable